vivianasu

Tuesday, August 8

(Video) Burung Camar 'Gergasi' Photobomb Siaran Langsung Ramalan Cuaca Dua Kali

Rilekslah Network     3:51 PM    



Seekor burung menjadi popular selepas ia melakukan photobomb sebanyak dua kali ketika siaran langsung ramalan cuaca di stesen TV Kanada.

Pengacara Canadian morning show, Tara Jean Stevens tidak dapat mengabaikan burung tersebut apabila ia menjengahkan kepala betul-betul di hadapan kamera ketika lintas langsung.

Disebabkan jaraknya yang terlalu dekat dengan kamera, burung tersebut kelihatan seperti haiwan gergasi seterusnya menyekat pemandangan di belakang.

"Saya tidak akan benarkan ia mengganggu saya," kata Stevens. Namun ternyata dia tidak mampu mengabaikan burung tersebut dan dilihat ketawa beberapa kali.

 

Stevens berkata burung itu secara tidak langsung menyebabkan segmen itu menjadi popular dan menyifatkannya sebagai 'salah satu detik paling berharga dalam dunia pengacaraannya'.

Bagaimanapun, burung camar itu tidak berhenti setakat itu sahaja.

Pada Jumaat, ia sekali lagi datang ke arah kamera namun kali ini untuk menunjukkan keputihan bulunya pula.

"Burung camar ini datang lagi kali ni." kata Stevens.

loading...
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA


© 2014-2016 Rilekslah. Published By Pro Templates Lab | Designed by Bloggertheme9. Powered By Blogger.