vivianasu

Saturday, December 10

(Video) Guru Paksa Pelajar Tampar Sesama Diri Kerana Lambat Masuk Kelas

Rilekslah Network     1:01 PM    


GANSU, CHINA - Seorang guru di sebuah universiti didakwa memaksa beberapa pelajarnya menampar sesama diri sebagai hukuman kerana lewat masuk ke kelasnya.

Video yang dimuat naik ke media sosial China itu menunjukkan guru yang dikenali sebagai Lu Ping, memaksa pelajar lelaki dan perempuan menampar sesama diri, lapor People's Daily Online.

Sehingga pada satu masa, guru terbabit menampar dua pelajar perempuan yang terlibat kerana tamparan mereka terlalu bersahaja.


Lapor Huanqiu News, lelaki berkenaan merupakan guru di Hexi University School of Medicine di wilayah Gansu.

Dalam video tersebut, Lu Ping mengancam akan menampar mana-mana pelajar yang enggan menampar sesama diri atau tidak menampar dengan kuat.


Para pelajar yang terlibat hanya akan dibenarkan masuk ke kelas setelah menjalani hukuman itu.

Jabatan Pendidikan Gansu difahamkan sedang menjalankan siasatan berhubung insiden berkenaan selepas video itu viral di media sosial, Khamis lalu.

Difahamkan, guru terbabit telah diberhentikan kerja. Malah Lu Ping juga diminta untuk memohon maaf kepada para pelajar yang terlibat.
loading...
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA


© 2014-2016 Rilekslah. Published By Pro Templates Lab | Designed by Bloggertheme9. Powered By Blogger.