vivianasu

Wednesday, December 14

Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook disahkan meninggalkan 'Running Man'

Rilekslah Network     9:11 AM    


Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook secara rasmi mengesahkan akan meninggalkan 'Running Man'.

Pada 13 Disember, sumber dalaman mendedahkan bahawa musim baru masih dalam perbincangan untuk tahun hadapan dengan seorang ahli baru iaitu Kang Ho Dong bakal menyertai RunningMan manakala ahli-ahli semasa, Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook bakal meninggalkan rancangan tersebut.

Song Ji Hyo dibawah naungan "MY Company" mengesahkan laporan tersebut dan mengumumkan, "Song Ji Hyo" akan meninggalkan "Running Man". Perbincangan masih dilakukan antara kedua belah pihak dengan 'Producer RM' kerana Song Ji Hyo menyatakan bahawa beliau ingin memberikan sepenuh perhatian terhadap kerjaya lakonannya. Tarikh pemergian beliau kini masih di dalam penyelarasan.

Kim Jong Kook dibawah naungan "Maroo Entertainment" turut mengumumkan, "Kim Jong Kook telah memilih untuk meninggalkan 'Running Man'.

Tarikh sebenar mereka meninggalkan rancangan tersebut masih belum disahkan."

Song Ji Hyo dan Kim Jong Kook secara rasmi meninggalkan 'Running Man' mengikut jejak Gary.
loading...
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA


© 2014-2016 Rilekslah. Published By Pro Templates Lab | Designed by Bloggertheme9. Powered By Blogger.