vivianasu

Tuesday, December 13

Petanda Wanita Pemalu Sedang Jatuh Cinta

Rilekslah Network     7:44 AM    


Anda mungkin sedang menyukai wanita pemalu, namun adakah dia tertarik pada anda?

Jangan mengalah dahulu, tidak banyak berbicara pada anda bukan bererti wanita pemalu tidak mempunyai perasaan khusus pada anda.

Kadang-kadang mereka hanya malu mendedahkannya secara terbuka dan bertindak agresif. Wanita pemalu punya cara sendiri untuk memberikan isyarat bahawa dia sedang jatuh cinta, termasuk diri anda.

Dipetik dari Lovepanky, Khamis (1/12/2016), berikut di bawah petanda wanita pemalu menyukai anda.

Memandang anda lebih kerap

Hal ini wajar terjadi pada orang yang sedang jatuh cinta. Namun pada wanita pemalu, dia tidak akan bertindak agresif dan hanya mahu memandang anda dari jauh. Wanita yang pemalu akan memandang anda ketika mereka berfikir anda tidak sedar.

Muka merah

Ketika secara tidak sengaja anda dengannya atau bercakap padanya, mukanya akan berubah menjadi merah. Wanita pemalu adalah seseorang yang gugup jika berada berdekatan dengan orang yang disukainya. Jika dia gugup ketika bercakap pada anda, maknya dia mungkin suka pada anda.

Lebih banyak memberi senyuman

Walaupun pemalu, dia akan memberikan senyuman untuk orang yang disukainya. Malah, dia tidak sedar dirinya akan selalu senyum bila mata anda berdua tidak sengaja bertembung. Melihat anda berada berdekatan dengannya, membuat dia rasa bahagia dan akan diingati sepanjang hari. Untuk mengetahui wanita pemalu menyukai anda, bandingkan senyuman yang dia berikan pada anda berbanding orang lain.

Tidak sengaja menyentuh anda

Wanita pemalu tidak cukup berani memegang tangan anda. Tapi dia akan melakukan cara lain yang tidak sengaja untuk dapat bersentuhan dengan anda. Misalnya ketika dia berlari, dia tidak sengaja menggesel anda. Ini bukti bahawa dia ingin sekali mendekati anda.
loading...
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA


© 2014-2016 Rilekslah. Published By Pro Templates Lab | Designed by Bloggertheme9. Powered By Blogger.