vivianasu

Monday, December 5

Keputusan Penuh Pertandingan Gegar Vaganza 3

weet weet     10:51 AM    



Rancangan pertandingan nyanyian paling popular Gegar Vaganza telah melabuhkan tiraikan untuk musim ketiga.

Gegar Vaganza 3 berlangsung dengan sengit antara 6 peserta iaitu Azharina, Zarul, Siti Sarah, Gmie, Intan Sarafina dan juga Ameng Spring.

Pertandingan ini diadili oleh juri yang profesional iaitu Dato Ramli MS, Dato Khatijah Ibrahim, Dato Jamal Abdillah dan juga Hetty Koes Endang.


Akhirnya inilah keputusan penuh:

1) Azharina
2) Siti Sarah
3) Zarul
4) Ameng
5) Intan Sarafina
6) Gmie

Azharina telah menewaskan lima peserta lain sekali gus membawa pulang hadiah yang lumayan.

Ini hadiahnya:

-Wang tunai RM100,000
-Menghasilkan single baru terbitan Astro
-Tanah lot banglo bernilai RM60,000,
-Pakej percutian ke Itali bernilai RM15,000
-Rantai mutiara bernilai RM30,000
-Pakej penginapan di The Presidential Suite, The Puteri Pacific Hotel Johor Bahru
-Baucer Go Shop bernilai RM6,000.

Azharina sememangnya berjaya mencuri hati juri dengan persembahan yang mantap di pestas akhir Gegar Vaganza.

Sepanjang musim tiga ini, Azharina sentiasa memberi persembahan yang konsisten.

Kemenangan ini semenangnya dijangka oleh para penonton kerana Azharina memberi yang terbaik dan sering dipuji para juri.

loading...
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA


© 2014-2016 Rilekslah. Published By Pro Templates Lab | Designed by Bloggertheme9. Powered By Blogger.