vivianasu

Wednesday, December 7

Amy Mastura Melatah Mencarut Di Radio Suria FM

weet weet     4:53 PM    


Penyanyi kecil molek yang tidak dimakan usia ini cukup terkenal dengan sifatnya yang low profile dan peramah. Penyanyi yang terkenal dengan filem Puteri Impian dan lagu-lagu seperti Sha Na Na, Bintang Hati dan Dengarkanlah ini sedang dalam rangka promosi lagu barunya berjudul Kalimah.


Pagi tadi ketika sedang mendengar segmen pagi di stesen Suria FM, mereka memanggil Amy Mastura yang memang terkenal sebagai kaki latah sebagai tetamu jemputan. Konti cukup ceria dengan keletah lucu Halim Othma, Zulin Aziz, Fizi Ali dan Amy Mastura sendiri. Dek kerana penyampai yang terlalu ghairah mengusik Amy, tanpa disangka Amy Mastura melatah dengan ayat carutan "Oh p***** kau meletup, p***, p****** hantu" antara yang disebut penyanyi ini. Mungkin kerana tergamam, momen ini berlarutan selama beberapa saat yang turut dirakamkan di Facebook Live stesen radio itu, tetapi telah diturunkan kira-kira jam 9 pagi tadi. Benarlah kata orang, jangan diusik orang melatah, buruk padahnya.

Anda boleh mendengar momen Amy Mastura melatah mencarut yang tentunya tidak disengajakan ini melalui rakaman audio yang dikongsi seorang pendengar kepada kami pagi ini.
loading...
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA


© 2014-2016 Rilekslah. Published By Pro Templates Lab | Designed by Bloggertheme9. Powered By Blogger.