vivianasu

Sunday, November 27

Tak Cukup Bunuh Islam Rohingya Di Myanmar, 3 Lelaki Myanmar Tunjuk Samseng Dalam Malaysia

Rilekslah Network     6:55 PM    


KUALA LUMPUR: Polis menahan 3 lelaki Myanmar dan seorang warga tempatan kerana bertindak agresif ketika bantahan ekoran kezaliman terhadap etnik Rohingya di Kedutaan Myanmar, semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, mereka semua dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk membantu siasatan.

Amar Singh yang ditemui pada Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Dang Wangi di IPD Dang Wangi bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

Terdahulu pada majlis itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supt Mohd Sukri Kaman dilantik menjadi ketua polis daerah Dang Wangi yang baharu dengan memangku pangkat ACP berkuat kuasa hari ini.

Sukri, 41, yang berasal dari Perlis memiliki Ijazah Sarjana Pengurusan Perniagaan daripada universiti tempatan serta pernah bertugas sebagai pegawai urusetia ketua polis negara dalam bahagian penyelidikan dan pembangunan (R&D), Bukit Aman.

Sukri yang sudah 15 tahun berkhidmat dalam polis mempunyai pengalaman 9 tahun memegang jawatan sebagai pegawai di Jabatan Siasatan Jenayah di Lembah Klang dan Bukit Aman.

Beliau mengambil alih tugas daripada SAC Zainol Samah yang dinaikkan pangkat sebagai ketua jabatan siasatan jenayah ibu pejabat polis kontinjen Pulau Pinang, pada bulan depan.
loading...
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA


© 2014-2016 Rilekslah. Published By Pro Templates Lab | Designed by Bloggertheme9. Powered By Blogger.