vivianasu

Sunday, November 27

Seekor Kucing Makan 13 Bangkai Kucing Lain Untuk Hidup

weet weet     11:49 PM    


Satu kejadian yang memilukan buat pencinta haiwan berlaku di Australia.

Badan kebajikan dan kekejaman haiwan di Australia menemui 13 bangkai kucing dan seekor kucing yang masih hidup selepas menyerbu sebuah rumah di selatan Australia.

Di katakan 14 ekor kucing telah dikunci dan ditinggalkan di dalam sebuah rumah oleh tuan mereka.

Kerana terlalu lapar, kucing yang hidup mula makan bangkai kucing lain yang telah mati.

Hanya seekor kucing bernama Trooper terselamat dan ditemui dalam keadaan yang amat kurus kering dan kurang nutrisi.

Tuan kepada kucing-kucing berkenaan telah ditahan dan dia merupakan seorang wanita berusia 43 tahun.

Kini wanita itu dihukum untuk berkelakuan baik selama 12 bulan dan diharamkan daripada membela sebarang jenis haiwan.

Andrea Lewis yang merupakan inspektor penylamat haiwan telah menyeru kepada orang ramai supaya menjaga haiwan peliharaan mereka dengan baik.

Andrea juga menggesa haiwan belaan diberikan kepada sahabat atau saudara-mara jika pemilik terpaksa meninggalkan haiwan mereka untuk tempoh yang lama.



loading...
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA


© 2014-2016 Rilekslah. Published By Pro Templates Lab | Designed by Bloggertheme9. Powered By Blogger.