vivianasu

Wednesday, November 23

iPhone 7 Plus Tampil Dengan Kamera Dwi-Lensa, Tanpa Lubang Headphone, Kalis Air & 7 Ciri Lain Yang Perlu Anda Tahu Tentangnya

Rilekslah Network     6:40 PM    


8 Sept - Hari ini merupakan hari yang sangat mengujakan bagi peminat-peminat gadjet terutamanya peminat setia iPhone.

Apple kini sedang menjalankan majlis pengumuman produk terbarunya, iaitu iPhone 7 dan juga Apple Watch 2 yang sememangnya dinanti-nanti peminat.

Menurut blog teknologi Wiser.my, Apple telah mengesahkan ura-ura bahawa iPhone 7 Plus akan hadir dengan kamera Dwi-Lensa, yang mana satu upgrade yang buat besar buat iPhone.

Selain itu, Wiser.my juga berkata, Apple mengesahkan iPhone 7 tidak akan hadir dengan lubang (jack) headphone. Sebagai ganti, Apple membolehkan signal audio dialirkan menerusi lighting dan juga Airpods - earphone mudah alih.

iPhone 7 Plus datang dengan dwi-kamera, manakala iPhone 7 datang dengan satu kamera.

Dan ini adalah perkara-perkara lain yang perlu anda tahu tentang iPhone terbaru keluaran Apple ini.


- iOS 10
- Butang Home baru dengan pelbagai fungsi & ciri baru
- Kalis air & debu
- Kamera hadapan 7MP baru
- Kamera belakang 12MP baru
- Dua kamera belakang 12 MP (iPhone 7 Plus sahaja)
- Skrin RetinaHD
- Speaker Stereo
- Cip pemprosesan baru A10 ( 2 teras + 2 teras lemah, 40% lagi laju dari cip A9)
- Cip GPU baru 6 teras
- Bateri 7 Plus tahan 1 jam lebih lama berbanding 6 Plus
- Storan didatangkan dengan 32GB, 128GB dan 256GB.
- Harga sama dengan iPhone 6 & iPhone 6 Plus


iPhone 7 akan didatangkan dalam warna hitam, hitam legap, emas, perak dan juga rose gold.

Selain iPhone 7, Apple juga turut mengumumkan Apple Watch 2 yang mana menyasarkan secara khusus golongan yang mementingkan kesihatan seperti atlet, pendaki, perenang dan lain-lain.

Apple Watch Nike+

Lihat lagi gambar di Wiser.my
loading...
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA


© 2014-2016 Rilekslah. Published By Pro Templates Lab | Designed by Bloggertheme9. Powered By Blogger.