vivianasu

Tuesday, November 29

Ini Komen Sayu Nora Setelah Tersingkir Di Gegar Vaganza, Sampai Dato Vida Tanggalkan Crownnya

weet weet     11:10 AM    



Peserta yang pada mulanya menjadi pilihan di pentas Gegar Vaganza iaitu Nora telah tersingkir di peringkat separuh akhir Gegar Vaganza musim ketiga malam tadi.


Ini merupakan satu kejutan buat semua terutama peminat Nora termasuk Dato Seri Vida.

Dato Seri Vida juga telah menanggalkan "crown" nya ketika berbual dengan Nora kerana berasa sedih dengan pemergian Nora di GV3 ini.

6 peserta lain berjaya ke peringkat akhir iaitu Azharina, Zarul, Siti Sarah, Intan Sarafina, Ameng dan juga G-mie.

Nora membuat persembahan yang baik namun gagal ke peringkat akhir. Dia berduet dengan Aizat Amdan sebelum menyanyi lagu sendiri dan medley dengan pilihan media.

Ini komen Nora setelah diumumkan tersingkir:

"Terima kasih kepada semua, ini merupakan satu pengalaman yang manis buat saya"

"Hanya tuhan yang tahu apa yang lebih baik buat saya"

"Terima kasih kepada krew GV3, 7 minggu kenal dengan korang semua"

"Terima kasih kepada peminat, sorry keraan tak dapat ke final.."

"Terima kasih kepada penaja Dato Seri Vida.."

"Go, dont give up!!..haha saya kata kepada diri sendiri"

Nora berkata demikan dalam keadaan sebak ketika berbual dengan Dato Seri Vida.

Saksikan peringkat akhir Gegar Vaganza yang akan berlangsung minggu hadapan.
loading...
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA


© 2014-2016 Rilekslah. Published By Pro Templates Lab | Designed by Bloggertheme9. Powered By Blogger.