vivianasu

Tuesday, November 29

Ini Kisah Sebenar Tentang Ameng Nyanyi Lagu Sendiri Di Final GV3, Respon Yang Mengejutkan

weet weet     2:44 PM    



Gegar Vaganza 3 final bakal menyaksikan peserta Ameng Spring mempersembahkan dua lagunya sendiri iaitu Bourgenvilla dan juga Romantis.

Ternyata ini mengejutkan ramai kerana sebelum itu Nora teruk dikecam orang ramai kerana menyanyikan lagu sendiri.

Ramai yang ingin mengetahui apa pendapat Ameng tentang perkara ini.

Sebenarnya, Ameng juga terkejut ketika diberikan lagu berkenaan.

Apatah lagu Dato Ramli MS pernah menegaskan jika menyanyikan lagu sendir para juri tidak boleh memberikan markah yang tinggi.

Ini kerana para peserta tidak akan belajar jika menyanyikan lagu sendiri.

Ini komen Ameng tentang hal ini:

Lagu Rap Tak Terpilih

Pada awal program pihak produksi minta kita senaraikan lagu yang menjadi pilihan kita, saya letak beberapa lagu termasuk beberapa lagu sendiri.

Saya juga ada pilih beberapa lagu baru seperti lagu rap, tidak sangka pula lagu sendiri pula diberikan untuk peringkat akhir ini.

Tak Kisah Markah Dipotong

Pada tahap ini saya tidak fikir lagi menang atau kalah. Saya tidak kisah pun jika markah dipotong kerana saya sudah terima apa sahaja keputusan nanti.

Apa yang saya fikirkan sekarang ialah perjalanan selepas tamatnya program ini.

Itulah pandangan dari Ameng tentang perkara ini.
loading...
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA


© 2014-2016 Rilekslah. Published By Pro Templates Lab | Designed by Bloggertheme9. Powered By Blogger.