vivianasu

Monday, November 28

Ada Gelarnya Murtad, Ini Komen Faizal Tahir

weet weet     12:03 AM    


Faizal Tahir merupakan penyanyi yang sering meluahkan perasaan melalui lagunya.

Terkini kulit album Faizal Tahir juga menjadi tumpuan ramai.

Menghasilkan kulit album yang membawa pelbagai interpretasi, penyanyi Faizal Tahir tidak kisah jika pihak tertentu menggelarnya murtad.

Faizal berkata kulit album itu sendiri melalui proses paling lama iaitu selama lapan bulan dan menterjemahkan lagu-lagu yang terkandung di dalamnya.

Proses Panjang

“Ia merupakan salah satu proses terpanjang pembikinan album ini yang mengambil masa lapan bulan. Saya tak tahu jika ada album lain buat selama itu.

“Ada yang kata macam bentuk illuminati dan freemason. Saya pun tak tahu macam mana mereka melihat.

Dipanggil Murtad

“Ada juga yang kata macam salib. Ada yang kata saya dah murtad. Apa jua mereka kata, saya alu-alukan, saya tiada masalah. Saya tahu apa saya buat,” katanya kepada media selepas melancarkan album keempatnya di sini semalam.

Album Anatomi menampilkan tujuh buah lagu termasuk Assalamualaikum, Sayang, Sejati dan Setia.

Mula dipasarkan sejak minggu lalu, album ini juga turut menampilkan tiga lagu baru iaitu Suriram, Menang dan Bukan Yang Pertama.

Faizal berkata banyak maksud yang boleh diterjemahkan menerusi kulit album itu dan kebanyakannya berkisar mengenai kehidupannya sendiri.

Maksud Kulit Album

“Kulit album ini menunjukkan lagu di dalamnya. Ia juga menunjukkan benda yang sangat rapat dengan kejadian saya dan memberi kesan dalam hidup saya.

“Seperti kuda mewakili tahun saya dilahirkan. Kuda juga haiwan kesukaan saya dari kecil. Warna hitam dan putih itu mewakili kehidupan.

“Sayap melambangkan burung mitos Liverpool kerana saya penyokong tegarnya. Saya rasa kebangkitan Liverpool akan bermula,” katanya.

Penyanyi Gemuruh berkata penampilannya tidak berbaju di kulit album berkenaan bukanlah satu isu besar.

Katanya, imej sebegitu tidak lagi asing malah persoalan aurat sebenarnya lebih tertumpu kepada kaum wanita.

Tak berbaju

“Saya dah buat seperti ini sebelumnya. Bukan perkara baru dan tidak mengejutkan.

“Jika ada yang mengatakan aurat, penyanyi perempuan yang tak pakai tudung, tak ada pula yang berkata aurat.

“Bila kita keluarkan benda macam ini, kita boleh bezakan orang yang berfikiran terbuka dan berpengetahuan melihat sesuatu secara positif,” katanya.

Jualan Album

Mengulas mengenai jualan album, Faizal berkata itu tidak menjadi keutamaannya kerana mesej kepada pendengar adalah lebih penting.

Katanya, industri muzik semasa jelas menunjukkan jualan album secara konvensional bukan lagi membawa keuntungan kepada penyanyi.

“Album sukar dijual pada masa ini. iTunes pun orang tak terlalu membeli kerana sekarang ada Spotify dan KKBox. Saya tak letak apa-apa jangkaan dari segi jualan.

“Apa yang penting mesej yang disampaikan kepada masyarakat. Saya tak kisah tentang jualan. Apa yang penting ia beri kesan kepada pemikiran,” katanya.

Semoga Faizal Tahir Berjaya dengan album barunya ini.
loading...
KLIK LIKE JIKA ANDA RASA PERKONGSIAN INI SANGAT BERGUNA


© 2014-2016 Rilekslah. Published By Pro Templates Lab | Designed by Bloggertheme9. Powered By Blogger.