vivianasu

Advertise here

Thursday, April 27

Sebar Berita Palsu, Admin Group Whatsapp Boleh Dipenjara

Rilekslah Network     9:28 AM    

Zaman sekarang sudah pasti ramai yang menggunakan telefon pintar dan sudah pasti aplikasi Whatsapp antara aplikasi utama yang perlu dimuat turun ke dalam sesebuah gajet anda.

Whatsapp antara aplikasi popular untuk menyebarkan berita palsu dan viral sehingga menimbulkan keresahan orang ramai dan ada sesetengah berita palsu mendatangkan kemudaratan kepada sesetengah pihak.

Ini cerita di Varanasi India pula, Admin Group Facebook dan WhatsApp dari bandar yang terletak di Uttar Pradesh ini boleh dikenakan hukuman penjara sekiranya mereka didapati bersalah menyebarkan berita palsu melalui group yang di bawah jagaan mereka di aplikasi Whatsapp dan Facebook.

Ini kerana berita palsu di India telah menyebabkan beberapa insiden cemas di kalangan penduduk yang mudah mempercayai berita viral tanpa usul periksa.

Disebabkan itu, pihak berkuasa menegaskan pihak pentadbir perlu aktif memadam dan mengharamkan ahli kumpulan yang menyebarkan berita palsu dan mereka adalah bertanggungjawab untuk menyaring setiap kandungan yang dikongsikan oleh ahli dalam group Whatsapp.

Dengar-dengar undang-undang yang sama akan digubal oleh kerajaan Malaysia. Betul ke?

Friday, December 16

Inilah PUNCA SEBENAR Bekas Permaisuri Agong Failkan Tuntutan Hutang RM2 Juta!

weet weet     7:56 PM    

Bekas Raja Permaisuri Agong, Siti Aishah Abdul Rahman memfailkan petisyen pemiutang terhadap penerbit Syed Hussein Alwee.

Ini kerana Syed gagal membayar wang berjumlah RM2,005,383.55 kepadanya seperti yang diperintahkan Mahkamah Tinggi Temerloh.

Wang itu merupakan bayaran ganti rugi yang perlu dibayar oleh Syed Hussein kepada Siti Aishah kerana melanggar pendedahan maklumat peribadi Siti Aishah dalam satu kes saman di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang.

Mahkamah Tinggi Temerloh memerintahkan Syed Hussein membayar jumlah ganti rugi am dan teladan yang dituntut Siti Aishah sebanyak RM1.5 juta itu pada 23 Okt 2013.

Dalam notis kebankrapan yang dikemukakan Siti Aishah, wang yang perlu dibayar itu merangkumi ganti rugi am dan teladan berjumlah RM1.5 juta, faedah terhadap jumlah itu pada kadar lapan peratus setahun sebanyak RM500,383.56 dan kos sebanyak RM5,000 yang kesemuanya berjumlah RM2,005,383.55.

Siti Aishah telah memfailkan petisyen pemiutang itu pada 25 Ogos lepas melalui peguamnya.

Dalam petisyen itu, Siti Aishah memohon supaya satu perintah penerimaan dan penghukuman dibuat berhubung dengan wang yang kena bayar atas penghakiman terhadap penghutang penghakiman iaitu Syed Hussein.

Petisyen pemiutang itu menyatakan bahawa Syed Hussein telah gagal mematuhi arahan-arahan di dalam notis kebankrapan bertarikh 29 Jan 2016 yang menghendakinya membayar hutang berjumlah RM2,005,383.55 kepada Siti Aishah dalam masa tujuh hari selepas notis itu disampaikan kepadanya pada 12 April 2016.

Mahkamah menetapkan 20 Dis ini untuk pendengaran petisyen pemiutang itu. Syed Hussein tidak diwakili peguam.

Sharifah Sakinah Belanja Gambar Baby Bump, Sedang Hamil Anak Pertama

weet weet     2:15 PM    
Pelakon Sharifah Sakinah telah berkongsi satu berita baik buat para peminat dan followernya.


Menerusi perkongsian gambar terkini, Sharifah Sakinah telah belanja gambar baby bump nya.

Gambar tersebut diambil ketika meluangkan masa bersama rakan artis iaitu Marsha dan Jiji Zainal.

Namun, Sakinah tidak berkongsi sebarang maklumat mengenai kehamilannya dan kapsyen gambar tersebut hanya tertulis ‘Feels like sunday’.

Foto Sharifah Sakinah itu mendapat perhatian ramai dan menerima ucapan tahniah daripada apra peminatnya.

Rata-rata gembira dan teruja dengan kehamilan pelakon jelita berkenaan.

Sakinah pernah mengalami keguguran sekitar bulan Mac lalu ketika mengerjakan umrah bersama keluarganya.

Untuk pengetahuan, Sharifah Sakinah telah berkahwin dengan pilihan hatinya Aliff Adha, seorang pilot pada Mac tahun lalu.

Jom layan gambarnya:




"Saya Tidak Bercinta Dengan Raja Afiq" - Dayana Roza

weet weet     2:10 PM    

Pelakon Dayana Roza, 25, menafikan dia bercinta dengan pelakon Raja Afiq, 22, apabila mereka dikatakan sering dilihat keluar bersama. Mereka juga dikatakan tampil berdua pada majlis Anugerah Melodi 2016 yang diadakan baru-baru ini.

Menurut pelakon drama Asam Pedas Untuk Dia itu, mereka hanya kawan baik dan bukannya sedang bercinta seperti sangkaan ramai.
"Kami hanya berkawan dan tidak lebih daripada itu. Sebelum ini saya rapat dengan Shaharul Ridzwan tetapi selepas dia berkahwin kami jarang keluar.

"Saya dan Raja Afiq jadi rapat apabila dia berlakon dengan saya dalam telefilem Trauma yang penggambarannya dibuat sekitar Oktober lalu. Shaharul pun berlakon sama dan sejak itu kami bertiga rapat.

"Sebenarnya ketika saya dan Raja Afiq pergi ke majlis Anugerah Melodi, Shaharul ada sama tetapi kerana Shaharul ada tugasan lain, dia pergi dulu dan kami berjumpa di sana," katanya.

Ujar Dayana atau nama sebenarnya, Nur Dayana Kamsun Baharin, dia jenis kasar dan macam perangai lelaki.

"Shaharul dan Raja Afiq gelar saya 'abang-abang' jadi mereka selesa berkawan dengan saya.

"Saya tak ada apa-apa perasaan pun dengan Raja Afiq," katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Thursday, December 15

Mengapa Fazura Menjadi Pilihan Afgan?

weet weet     9:56 PM    

Fazura, pelakon dan pengacara cantik yang baru berjinak-jinak dalam bidang nyanyian dengan lagu Sayangi Dirimu dan Hancur Aku bersama kumpulan Estranged. Fazura sebelum ini pernah dikritik dan dikecam netizen kerana dikatakan lagu yang disampaikannya di peringkat separuh akhir Muzik-Muzik 31 berjudul Hancur Aku kedengaran sumbang dan boleh menjadi sebab kekalahan Estraged. Begitu juga dengan persembahannya di Formula 1 yang dilabel sebagai syok sendiri. Namun ternyata Fazura tidak berputus asa dalam menerokai bidang nyanyian.

Siapa sangka disebalik kecaman dan kritikan ini, penyanyi terkenal Indonesia, Afgan meyakini kemampuan Fazura untuk beraksi bersamanya sebagai penyanyi jemputan konsert jelajah Asia Afgan Sides Malaysia Tour 2016 di lokasi terakhirnya di Miri nanti. Ternyata penyanyi Jodoh Pasti Bertemu itu langsung tidak terkesan dengan kritikan yang dilemparkan kepada Fazura sebelum ini.

Melalui satu temubual antara Afgansyah Reza di program MeleTOP yang dihoskan oleh Neelofa dan Nabil Ahmad, Afgan mengakui Fazura merupakan penyanyi wanita Malaysia yang menjadi pilihannya untuk berduet. Persoalannya, sejauh mana Fazura mampu memperbaiki kualiti nyanyiannya bagi menyaingi kehebatan vokal Afgan pada konsert itu nanti?

Cantik Jelita Macam Anak Dara, Tapi Umur Sebenarnya 47 Tahun

weet weet     9:54 PM    
Seorang doktor gigi dari Korea Selatan telah menjadi popular apabila gambarnya tersebar di laamn sosial.

Lee Su Jin mula menerima tumpuan ramai sekelip mata apabila gambar selfienya menjadi viral.

Wanita ini memiliki rupa parasnya yang cantik dan kelihatan seperti gadis remaja ataua pelajar universiti namun sebenarnya dia berumur 47 tahun.

Pada mulanya, Su Jin dianggap gadis Korea biasa, tapi baru-baru ini wanita itu mendedahkan bahawa dia lahir pada tahun 1969 dan sudah menjadi doktor gigi selama 16 tahun.

Su Jin pernah muncul dalam rancangan televisyen Korea, ‘Same Bed, Different Dream’, bersama anak perempuannya.

Anak perempuannya mendakwa, ibunya sangat ketagih untuk berselfie dan setiap hari akan memuat naik gambar di Instagram.

Ada yang berpendapat wajah Su Jin adalah hasil pembedahan plastik memandangkan Korea Selatan merupakan pakar dalam bidang tersebut.

Namun tiada pengesahan lanjut tentang perkara berkenaan.

Bukan saja wajah, bentuk badannya juga seperti anak dara. Memang ramai la wanita berumur sepertinya akan rasa cemburu dan iri hati.




Rakan Penyanyi Lelaki Peluk, Cuba Cium Yuna Secara Live

weet weet     9:42 PM    


Yuna sekali lagi mencuri tumpuan ramai dengan kontroversinya.

Kecoh apabila video Yuna telah dipeluk dan cuba dicium rakan artis penyanyi lelaki bernama Anderson.

Kejadian berlaku ketika Yuna menghadiri Soul Train Music Awards di Las Vegas baru -baru ini.

Menerusi video tersebut, Yuna sedang ditemubual sebelum didatangi rakan artis lelaki, Anderson Paak dengan memeluk bahagian bahunya.


Anderson dilihat bersahaja ketika itu.

Turut kedengaran suara pengacara yang menyatakan Anderson mahu menciumnya di mulut.

Yuna kemudiannya mengucapkan terima kasih dan memeluk rakan artis tersebut sebelum lelaki itu mencium pipinya.

Rata-rata netizen berang dengan insiden terbabit kerana dianggap kurang sopan dan menjatuhkan imej wanita bertudung.

Sebelum ini, Yuna pernah mencetus kontroversi apabila gambar dengan Pharell dan berpeluk dengan Usher di pentas antarabangsa.

Bukannya Hendak Merai Kemenangan, Tetapi Teruk Dikecam Netizen Atas Kiriman Ucapan Terima Kasihnya Yang Dikatakan Khas Buat Bangsa J

weet weet     3:35 PM    

Sabtu lalu merupakan detik paling membanggakan buat pelawak dan pengacara Harith Iskander setelah dinobat sebagai individu paling kelakar di dunia dalam pertandingan 'The Funniest Person in the World' oleh Laugh Factory. Harith, pelawak terkenal yang hampir 26 tahun terlibat dalam bidang komedi gemar mengangkat isu perpaduan, isu semasa yang dikupas dengan caranya yang tersendiri. Harith berjaya mengalahkan empat pesaingnya di pentas akhir iaitu Alex Calleja (Filipina) sebagai naib johan, diikuti Katerina Vrana (Greece), Mino Van Nassau (India) dan David Kilimnick (Israel). Berita tentang kemenangan

Kejayaan Harith dalam pertandingan dwi-tahunan di Finland anjuran francais komedi terbesar di Amerika Syarikat itu sekali gus membuka mata dunia akan kemampuan komedi Malaysia.
Namun dalam sibuk meraikan kemengan itu, ada juga peminat yang kurang berpuas hati dengan cara Harith mengucapkan terima kasih. Harith menerima kecaman hebat apabila dikatakan melebihkan bangsa johor dalam ucapannya melalui akaun instagram.

Harith dalam maklum balasnya di instagram milik beliau menjelaskan kiriman itu ditujukan buat rakan-rakan blogger dan komuniti online serta seluruh peminat dari Johor yang telah menjadi tulang belakang utama kejayaannya dalam pertandingan itu, ditambah pula dirinya anak kelahiran negeri selatan itu. Namun, dia turut berterima kasih kepada semua rakyat Malaysia dalam beberapa siri kiriman yang lain.

'Saya Telah Lakukan Kesilapan Viralkan Gambar Rider Di FB' - Pemandu Grab Car

Rilekslah Network     12:46 PM    

PUTRAJAYA - Susulan viral tindakan tidak wajar seorang pemandu Grab Car mengaibkan seorang lelaki di media sosial, pemandu berkenaan tampil memohon maaf dan menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku pada hari kejadian.

Screenshot perbualan dan penjelasan pemandu Grab Car itu dimuat naik oleh Rahmat Amin Ismail sendiri dan menganggap kes itu telah selesai.

"Hari ini, pemandu Grab Car itu telah meminta maaf secara peribadi kepada saya. Dia telah mengaku kesalahan dia melontar fitnah dan malu pada saya.

"Cukuplah dia sedar akan kesilapan dirinya," kata Rahmat.

Berdasarkan screenshot yang dikongsikan, pemandu terbabit mengambil langkah untuk meminta maaf kerana enggan memanjang lagi perkara itu serta enggan kehidupan kedua-dua pihak terganggu setelah sedar dengan kesilapan dirinya itu.



Difahamkan, Rahmat juga telah membuat laporan polis berhubung kejadian itu atas dakwaan dirinya telah diugut dan bimbang dengan keselamatan dirinya. Meskipun kesal dikecam hebat oleh ramai pemandu Grab Car dan Uber, Rahmat mengambil keputusan untuk mencari jalan penyelesaian.

Pemandu bernama Fai Zal itu amat berharap jika Rahmat dapat membuang status dan gambar yang dimuat naik oleh Rahmat sebelum ini kerana dia juga sudah berbuat demikian bagi menjernihkan keadaan.

Bagaimanapun, Rahmat meminta Fai Zal memberikan penjelasan yang sebenar bagi membersihkan namanya dari fitnah yang telah dibuat sebelum ini.


Kedua-dua pihak telah berdamai dan diharapkan mana-mana pemandu Grab Car atau Uber tidak mudah melenting apabila pelanggan membatalkan tempahan.

Begitu juga dengan mereka yang mahu menggunakan khidmat dua entiti ini. Pastikan anda menetapkan pendirian sebelum melanggan perkhidmatan Grab Car atau Uber dan tidak membatalkan tempahan di saat-saat akhir.

'Saya Bukan Pandu Ikut Suka Hati' - Pemandu Bas

Rilekslah Network     12:41 PM    

RANAU, SABAH - Dalam kenyataan terkini pemandu bas yang didakwa memandu secara melulu dalam video viral baru-baru ini mendakwa bahawa dia memandu mengikut gerak hatinya.

"Saya pandu mengikut gerak hati. Kalau boleh potong, saya potong. Saya bukan pandu ikut suka hati," kata Muhammar Ghadafi Abd Mahar dalam sejam yang lalu.

Malah, Muhammar turut menegaskan bahawa bukan dia seorang sahaja yang berbuat demikian dan meminta netizen memahami kerjayanya sebagai pemandu bas jarak jauh.


"Saya pandu bas lebih 500 kilometer siang malam dari Kota Kinabalu ke Semporna. Selok belok jalan raya saya sudah hafal. Di mana ada jalan rosak, selekoh, saya sudah baca. Bukan saya sahaja yang memotong di garisan berkembar. Boleh dikatakan 90% pemandu yang berbuat demikian," katanya lagi.

Kesal dengan tohmahan netizen, Muhammar mencabar mereka untuk cuba melakukan pekerjaan selama sebulan bagi memahami keadaannya.

"Beginilah, kalau rasa-rasanya kau hebat, saya cabar kau. Kita pandu bas pergi balik siang malam selama satu bulan," katanya.

Meskipun kesal dengan reaksi balas pemandu bas itu, netizen tetap menasihatkan lelaki itu agar mengaku salah dan tidak lagi menegakkan benang yang basah.

Menurut sumber, bas nombor pendaftaran SD9599H itu mempunyai 22 saman yang berjumlah RM6,600 yang masih belum dijelaskan.

© 2014-2016 Rilekslah. Published By Pro Templates Lab | Designed by Bloggertheme9. Powered By Blogger.